PRODUK: Kuwait Finance House (KFH i-Financing)

KEUNGGULAN PEMBIAYAAN

 Pembiayaan dapat penuh 100%

 Tempoh Pembiayaan sehingga 20 tahun

 Kadar Keuntungan yang kompetitif

 Perlindungan Takaful percuma

 Tiada kos tersembunyi

 Tiada penjamin

 Tiada Cagaran

 Pembiayaan Perlandaskan Syariah

 CTOS / CRIS tidak melebihi RM25000 dibenarkan

 Terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja

 

KONSEP SYARIAH YANG DIGUNAKAN

 Murabahah adalah merupakan suatu konsep penjualan aset pada harga beli ditambah dengan keuntungan (kos tambah dengan keuntungan jualan) yang dipersetujui

 Tawaruq Harfiah berasal daripada perkataan “wariq” yang bermaksud “dirham” (wang) yang diperbuat daripada perak, konsep ini digunakan untuk kemudahan pembiayaan tunai, di mana pelanggan yang benar-benar memerlukan untuk membeli sesuatu secara kredit daripada Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dengan pembayaran tangguhan, berdasarkan Murabahah dan kemudian dijual balik kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai. Dengan cara ini, pelanggan boleh memperolehi tunai tanpa mendapatkan pinjaman yang menghasilkan faedah